Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena
Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Selasa, 23 Disember 2014

Mereka ini - My L-O-V-E


Huh, sampai dah kita di hari-hari terakhir untuk tahun 2014. Azam masih lagi x tercapai..mungkin bawa ke hadapan la kan... Sepanjang tahun macam-macam kenangan..tp macam tak de semangat lagi nak berkerja..segala bagai prosedur nak letak jawatan ni dah aku research..harap tahun akan datang tercapai la yer...
Pic kat atas tu..baru terperasan mereka ini posing yang sama..cume kereta sahaja yang berbeza..umur mereka xpasti plak..tp dlm bulan2 la..

Tahun depan kakak esya pun dah prasekolah..Alhamdullillah dapat gak kakak esya ke sekolah tahun depan..aku berharap sangat die seronok ke Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1).
si abang aqief ni, aku cube untuk masukkan kat dalam Tadika Perpaduan Presint 15, tp xlepas sb mereka utamakan anak berumur 6 tahun. Xpe la..aku skang ni pun tengah survay tadika/taska area putrajaya ni..tapi kebanyakkannye semua cam dah enuh...harga jangan cakap la..aku keje ni sepenuh gaji terus ke acc tadika/taska ni...huhuhu sakit la mak gini. Dah la keadaan di opis xmemberangsangkan..kena keje lebih masa lagi..bayaran ot plak x setimpal ngan bayaran ot taska ni...tu yang aku bercadang untuk berhenti je..jaga anak2..lagipun kebaikan ni boleh tengok tumbesaran anak2 depan mata..

huhuhu..pape pun, semuanya berserah kepada Qada dan Qadar. Harap tahun 2015 memberikan sinar harapan yang terbaik dalam kehidupan. Hati mengharapkan seribu harapan untuk tahun akan datang.

Tiada ulasan: