Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena
Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Rabu, 24 Julai 2013

Salam Ramadhan,

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, hari ni hari ke-15 semua umat ISLAM berpuasa. Sayu hati bila kita semua sudah sampai di pertengahan bulan seribu rahmat ini. In sya Allah semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan segala urusan kita.

Tahun ini aku berpuasa dengan suami, kalau tahun lepas, aku bersama nenek aku di Kuantan, tapi bulan ini aku berpuasa di sisi suami. Alhamdulillah, walaupun waktu berbuka tidak berbuka bersama tetapi dapat bersahur bersama.

Tapi aku merasakan yang sambutan raya tahun ini, aku tak berapa nak sambut..sebab cuti raya terlalu pendek..itu pun mesti bercuti aku confirm tidak selesa..keadaan opis baru ini agak menekan kebajikan pekerja dia. ermm itu la sekian lamanya aku tidak berblogging ni..terlalu sibuk sehinggakan perlu datang ke opis waktu cuti..

Aku seorang ibu, aku juga seorang isteri, dan aku juga seorang pekerja..sesungguhnya aku tidak perlukan pekerjaan seperti ini..kerana tuntutan mahukan akku menjadi Suri rumah. Memang aku agak tertekan sedikit kebelakangan ini..memandangkan aku dah masuk 8 bulan bekerja di opis ini..semuanya ada peraturan sendiri..bukannya mengikut pekeliling yang telah ditetapkan..semuanya diaturkan sendiri demi menjaga nama bahagian..ermm tak ok mana pun..nak pulak aku dapat pegawai ngan SO yang berlagak bagus..ermm naseb badan..sekarang ni pun kebanyakkan staf dia semua keluar dari bahagian ini..aku ni je pergi masuk sini..ermm ntah lah..

Sekarang ini pun aku tengah cari site income yang mana boleh membantu aku nanti..nak sambung belajar tapi ..eerrmm entahlah..penat dah nak berfikir ini..

Sayunya hati ni memandangkan bulan rahmat nak sampai ke penghujungnya, entah dapat ke tidak kita sambut Ramadhan yang seterusnya.. In Sya Allah.

nukilan ;

damya batriysah


Tiada ulasan: