Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena
Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Selasa, 7 September 2010

Mohon Ampun dan Maaf


Sedar tak sedar Ramadhan akan meninggalkan kita....
sepanjang bulan mulia tahun ini, byk peristiwa yang mengugat keimanan aku sendiri...
menguji ketabahan dan kesabaran aku...
tapi Alhamdulillah..semua nye aku tempuh dengan Redha...
seperti tahun lepas, dugaan aku menghadapi keadaan aleesya....
tapi syukur Alhamdulillah, semuanye kembali seperti biasa...

Dikesempatan ini aku mengusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran dan terkasar bahasa aku selama ini...
aku sedar aku terlalu banyak menyakiti perasaan orang disekeliling aku...
maaf, aku tak sengaja...
mintak halal kan juga makan dan minum...

walaupun hari raya kali ni aku menyambut sekali dengan beday aku...
sekali gus menyambut raye bersama keluarga terchenta...
(raye taun ni turn aku tau...)

so, selamat hari raya aidilfitri ....
maaf zahir dan batin....
berhati-hati dijalanraya...






Khamis, 19 Ogos 2010

Wanita oh wanita...http://nsazwa.blogspot.com/2010/08/wanita-oh-wanita.html

Wanita oh wanita...

Salam wnita2 smue.. ini skadar untk rnungan kte brsame...


Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

1. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

2. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

3. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

4. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

5. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

6. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

7. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

8. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun...

1. *mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2.*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

3. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

4. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

5. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

6. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.


8. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

wsalam..


* Petikan ni aku copy dari sini

Rabu, 18 Ogos 2010

Luahan Hati Wanita... Untuk Insan Bergelar Lelaki...



"Terlalu sukar untuk meluahkan rasa hati terhadap lelaki. Begitu payah utk menyatakan hasrat hati. Begitu kelu lidah untuk mengucapkan apa yang kami rasa terhadap lelaki. Kami tidak mengharapkan terlalu banyak dari lelaki, yang paling penting kasih sayang dari lelaki yang dikasihi. Kesanggupan lelaki untuk memelihara kebajikan dan maruah kami.
Kami benci lelaki yang terlalu khayal dengan kecantikan luaran wanita, lupa akan kecantikan itu hanya bertahan sekejap sahaja. Kami bukan barang hiasan untuk dinilai sebegitu rupa, kami insan yang diciptakan Allah untuk menghiasi hidup lelaki.

Perhiasan kami bukan emas dan permata, tapi akhlak dan budi untuk menyenangkan hati lelaki. Mengapa lelaki sekarang begitu buta untuk melihat itu semua. Ramai wanita dipinggirkan kerana tidak mempunyai rupa paras menawan sedangkan yang cantik jelita dipuja-puja. Adakah semurah itu penilaian lelaki terhadap wanita?

Wahai lelaki, mengapa begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat. Sakitnya hati kami bila mendengarnya. Siapa tahu dalammnya parut hanya sepatah kata-kata kesat. Bukankah lelaki tahu betapa jiwa kami terlalu lembut, mudah tersentuh. Mengapa selalu lupa bila berkeadaan marah. Mengapa? Mengapa? Kami tidak mahu dilayan seperti lelaki, juga seperti insan terpinggir.

Walaupun kehadiran kami dalam hidup lelaki adalah untuk berbakti kepada lelaki, tapi usah diri kami dipandang remeh. Ingatlah tanpa kami takkan lahir lelaki bijak pandai dan ternama, takkan ada pejuang dan perwira. Hidup lelaki akan sepi tanpa kehadiran kami. Setiap hari di dada akhbar banyak cerita terpampang, kisah kehormatan wanita dicabuli, penderaan, dan macam-macam lagi. Membuatkan kami takut pada lelaki. Beginikah sikap lelaki terhadap wanita hari ini, bagaimana hendak kami sandarkan kepercayaan untuk membela maruah kami. Sungguh sedih mengenangkan maruah kami dikoyak koyak kan... seumpama cebisan kertas yang dipandang tanpa nilai.

Ramai lelaki hari nie suka menabur janji-janji kosong untuk mendapatkan kasih sayang dari kami. Setelah dapat apa yang diingini, semua janji janji terbang melayang-layang entah kemana. Tinggalkan kami dalam keadaan pengharapan. Mengapa kami diperlakukan begini. Apa salah kami?

Maaf kiranya, luahan ini mencabar ego lelaki. Bukan niat untuk membangkitkan kemarahan di jiwa lelaki, tapi sekadar menyedarkan sebahagian lelaki yang belum sedar sedar. Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia ini pasti mendapat balasan dari Allah kelak..."

Isnin, 16 Ogos 2010

Bukan Sekadar Sebuah Cinta

Bukan Sekadar Sebuah Cinta



Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.

Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

Kata pujangga Shakespeare :

"Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".

Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.

Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.

Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.


Jenis-Jenis Cinta

1) Cinta Sayang

Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta

Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati

Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa

Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik

Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu

Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan

Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang

Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna

Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.



Luahan Hati Seorang Isteri

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Biar aku berblog sahaja....


eeerrrmmm...
malas plak aku nak berfb dan seangkatan dengannye..
akhir2 ni aku memang terpikir nak offkan je acc fb tu...
sebab kat opis aku ni dah memblock kan fb ni...
jadi selepas ini aku leh la menjadi ratu blogger...
wah gituu...hehe
tapi ape salahnye aku menjadikan blog aku ni sebagai luahan rasa...
ape yang terasa di hati ni...
almaklum la..kekawan jauh di perantauan...
dan aku harap...ape yang aku luahkan dalam ni..
aku tak nak dah..ader yang terasa...sebab ni hanya aku yang merasa...
hanya aku yang sakit..boley gile beb....
dan aku harap blogger tegar ni..dapat menghiburkan aku dikala aku kesunyian...


* maaf, sekiranya aku bersalah......

Khamis, 12 Ogos 2010

"Doa Buat Alanna"

Aku teramat sedih setiap entry "Doa Buat Alanna"..
setiap hari aku akan menjenguk Si Comel Alanna..
aku telah pun selesai bace kesemua post mummy Alanna..
harap sesi keluarga tabah menghadapi dugaan dan redha atas pemergian nya...
biar pun dia tiada disini..bersama mummy & daddynye..
tapi aku sentiasa doakan kesejahteraan Si Comel ini..
biarpun aku tak pernah kenal..
tapi terasa satu perasaan pada si comel ini...

sesama lah kite sedekahkan al-fatihah..
semoga si comel ini bahagia disana..
dan menanti kehadiran sesi keluarganya pada satu hari nanti...

Selasa, 3 Ogos 2010

"CUTIEST Stripe & Line Contest"


MY 1st CONtesT
"CUTIEST Stripe & Line Contest"


DueDate : 15 Ogos 2010



Nama : Damya Aleesya Binti Mohd Nadzrul Idzlan
Umur : 1 tahun 1 bulan

Actualy, pic ni sebelum aleesya nk potong kek...
masa sambut beday die ari tu 22 June 2010....
jadi sebelum tu ayah ngan ibu suh la aleesya posing2 dulu..
pic bersama upin&ipin...

Epilog Syurga Cinta




Ptg smlm ader cite Epilog Syurga Cinta...
disebabkan semlm baru episod 1 die..cite ni agak bosan sikit untuk di tonton...
tapi disebabkan si comel mia nasuha tu..aku gagah kn diri tuk tgk cite ni sampai abih..
huhu..rindu nye aku kat mia ni..

cite serba sikit psl cite ni...
watak heliza dah tukar, Si fidah ni la yg pegang watak siti...
watak awal plak..si Zizan Nin..
watak haziq..mia nasuha la..

jadi ptg ni..kite mai la kite nengok cite ni..
kul 6.30 ptg..tv3...

Isnin, 28 Jun 2010

Now i at hotwl seri malaysia ipoh,-perak...

ape kejadah nye aku ader kat sini.?
tinggalkan aleesya bersama ayahnye..
(dlm hati sentiase rindukan aleesya)
nak tahu?
ini adalah kali pertama aku tinggalkan aleesya jauh dari bau badan aku...
selepas aleesya kua dari spital....
huwwwwwaaaaaaaa...rindu nk cium aleesya...
ni la kali kedua aku tinggalkan aleesya...
tuk pertama kali nya.
aku sampai mengigau cari aleesya waktu aku terjaga seperti biasa tuk susukan aleesya setiap tghmlm...
dan untuk mlm ni..aku tak nk perkara yang sama berlaku...
malu ooo kat roomate aku nnt..
huhuhu..

hopefully doakan aku...
supaya selesaikan kursus ini secepat yang mungkin..
sampai je jumaat ni..aku nk terus jumpa aleesya...

Jumaat, 25 Jun 2010

Bile kite "ter"golong dengan org2 yg berlagak bagus...

hari ni aku tak semangat nk dtg keje..
hari ini aku tak der mood nk ckp ngan "manusia"
hari ini aku pening pale sangat (sebenarnye dah beberapa hari dalam minggu ni asyik sakit pale)
hari ni aku serabut ngan tempat ni....

sebenarnya, aku dah lama dah simpan semua ni dalam pale otak aku..
tu yang sakit yang teramat sangat...
sampai kan ubat tahan sakit ni dah jadi cam gula-gula dah...
sebab tak terluah tuk aku bercerita pada sesape..
bebudak opis, of course dan teramat sekali aku tak caya bebudak ni....
sebab aku sendiri dah terkena...

dan sebelum entry ni...ader n3 aku lepas geram..aku dah cite..
hari ni plak beberapa kawan aku plak terkena..
sebab ye ader makcik kat opis aku ni terlampau sgt la...

sakit hati, sakit telinga, sakit jiwa duk sini....
warrrrrgggggghhhhh....
tolonggg!!!!!!

Isnin, 17 Mei 2010

Bile aleesya jadi glamor


tgk tu..cik mek molek ni..die tak kesah ngan sape pun die nak...



bile aleesya dpt bergambr ngan artis?
wahhh lepas ni aleesya jadi cam amani (dalam cite adamaya)
tentunye aku nak aleesya jadi cam amani tu..
dah la comey, cerdik pandai plak tu..petah bercakap..