Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena
Damya Aleesya, Aqieef Zafrieel, Dhia Irdieena

Rabu, 2 Disember 2015

Dikoyak Waktu

Dikoyak Waktu 


Aku tak pandai bercinta
Aku tak indah bicara
Hanya manusia yang mengagumimu
Walau takkan pernah ku miliki

Aku ada di depan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia yang mencintakanmu
Dalam bisu bersendiri aku

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
Selamanya ku dikoyak waktu

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu

Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
Selamanya ku dikoyak waktu

Selamanya...
Selamanya ku dikoyak waktu 

Selasa, 21 April 2015

Solat Taubat

Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Khamis, 16 April 2015

"All I Want" - this just for you





"All I Want"
All I want is nothing more
To hear you knocking at my door
'Cause if I could see your face once more
I could die a happy man I'm sure

When you said your last goodbye
I died a little bit inside
I lay in tears in bed all night
Alone without you by my side

But if you loved me
Why'd you leave me?
Take my body
Take my body
All I want is,
And all I need is
To find somebody.
I'll find somebody like you.

Oh oh

So you brought out the best of me,
A part of me I've never seen.
You took my soul and wiped it clean.
Our love was made for movie screens.

But if you loved me
Why'd you leave me?
Take my body,
Take my body.
All I want is,
And all I need is
To find somebody.
I'll find somebody.

Oh

If you loved me
Why'd you leave me?
Take my body,
Take my body.
All I want is,
All I need is
To find somebody.
I'll find somebody like you.

Oh
Alhamdulillah,

kembali berblog semula..setelah berkurun..

Untuk SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT,

Terima kasih kerna hadir di kala saat sedih dan gembira.

Mereka ini penguat diri..takkala lemah untuk melangkah..

Penasihat no satu takkala aku GAGAL dalam hidup..

takkan ku lupa jasa kalian.

walaupun ku telah putuskan, untuk tidak bersama kalian..

tapi Insya ALLAH..doa ku pasti ku selit nama kalian...


Selasa, 20 Januari 2015

RINDU QOQO STEVIA QASEH GOLD

RINDU QOQO STEVIA

Alhamdulillah..ANA EDAR telah mengeluarkan produk minuman coklat iaitu Rindu QoQO Stevia. InsyaALLAH... rasanya pasti boleh menandingi rasa Milo yang selalu kita minum tu.

Apa yang bagus nya mengenai Rindu QoQo ni adalah menggunakan pemanis STEVIA, yang mana sangat sesuai untuk pengidap kencing manis dan merupakan satu-satunya minuman coklat menggunakan pemanis STEVIA di pasaran. Ianya bukan lah pemanis gula biasa. Rindu QoQO juga mengandungi KURMA, yang mana kita semua sudah ketahui akan kebaikan Kurma ni kan. Bagus untuk otak anak anak kita. Rindu QoQo ni dah memang manis,so tak perlu letak susu or gula dah.  Best kan ? Anak-anak sangat sukakanya.. So, In Syaa Allah Rindu Qoqo Stevia ni diabetic-friendly..paling best aromanya..pergh !! Aroma koko asli yang menawan citarasa dan menceriakan mood anda. Sedap diminum panas ataupon sejuk. Inilah alternatif minuman berasaskan coklat untuk seisi keluarga. Malah, sangat sesuai untuk pengidap diabetes/kencing manis.



Hanya RM22.00 (600gm sebotol)
Paling Lazat Paling Sihat!!

 
InsyaALLAH amat berbaloi untuk wang anda, lagi satu syarikat pengeluar Qaseh Gold ni 100% Bumiputera dan 100% syarikat Muslim. Mari kita sama sama support produk Muslim.  
Berminat untuk mencuba Rindu Qoqo ? Hubungi : sms/whatsapp 0169674726 IZAN